Sunday, 10 July 2011

Guru-guru Besar

1. Puan  Beyer (Sukarelawan "Peace Corps") 1964-1965
2. Cik Rosemary Jimbau 1968 -1969
3. Puan May Tan 1970 – 1976
4. Encik James Kho Kiang Beng 1977 – 1978
5. Puan Mary Chai Siew Kim Jun 1979 - 14 Feb 1993
6. Puan Vivian Jong Chew Fah 15 Feb 1993 - 30 Mei 1994
7. Puan Lily Then Lay Lee 31 Mei 1994 - 2014
8. Encik Mohd Dini Bin Karim 26 Dec 2014 until 03 April 2015

Kata-kata Guru Besar

Selamat sejahtera dan salam perpaduan diucapkan kepada semua!

Laman web sekolah ini adalah secara tidak langsung mengambarkan situasi yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Kota Samarahan pada tahun 2011 ini. Oleh itu, kewujudan laman web ini adalah sebagai rujukan kepada pihak ibu bapa,murid-murid, pelawat dan Bahagian Pendidikan Khas khususnya. Justeru itu, pihak sekolah sedaya upaya memperlengkapkan maklumat yang diperlukan dalam laman web ini.

Sesungguhnya ada segelintir pelajar istimewa ini mampu mengikuti pendidikan aliran Kurikulum Perdana, namun demikian, seluruh warga Pendidikan Khas perlu berusaha gigih dan bekerja kuat tiga-empat kali ganda untuk mencapai tahap cemerlang jikalau dibanding dengan sekolah biasa. Semangat kerjasama dan permuafakatan yang erat daripada ibu bapa, masyarakat sekitar, jabatan dan pihak sekolah amatlah perlu demi merealisasikan kejayaan mereka seiring dengan pelajar normal. Salah satu tujuan laman web ini adalah untuk memperlihatkan segala perkembangan kemajuan dan pencapaian pelajar sekolah ini yang direkod dalam bentuk analisis dan dirakam dalam bentuk gambar di dalam laman web ini untuk ditatap dan dirujuk.

Pihak sekolah sentiasa mempertingkatkan usaha dalam merancang,melaksanakan serta menilai segala aspek pengurusan perkhidmatan agar segala yang dicetuskan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mantap bagi menjamin kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum serta melahirkan insan-insan istimewa yang bukan sahaja boleh berdikari tetapi mempunyai ilmu pengetahuan yang setanding dengan pelajar-pelajar normal dan mampu memberi sumbangan ke arah pembangunan negara.

Akhir sekali dengan kehormatan dan kepercayaan yang diberi oleh Bahagian Pendidikan Khas, pihak sekolah akan sentiasa berusaha lebih gigih untuk mencapai tahap Sekolah Cemerlang,Gemilang dan Terbilang di Malaysia.

Lagu Sekolah

"SKPK KOTA SAMARAHAN,
BERMULANYA KAMI DI SINI,

MENUNTUT ILMU MENJUNJUNG WAWASAN,
KE ARAH CITA-CITA DAN IMPIAN."
C/O BERSAMA MENUJU KEJAYAAN,
DENGAN SEGUNUNG HARAPAN.

BERDIKARI, BERILMU, BERDISPLIN,
ITULAH MOTTO KAMI.

Logo dan Slogan Sekolah


‘BERDIKARI,  BERILMU, BERDISIPLIN’

Misi dan Visi Sekolah

Visi Sekolah

Melahirkan murid-murid berkualiti dan berketerampilan ke arah kegemilangan
Misi Sekolah


a. Murid didahulukan pencapaian diutamakan
b. Melatih murid-murid menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan  

  menaakul
c. Menyemai sikap berdikari dan berkeyakinan dalam diri murid-murid

From School For The Deaf to SKPK Kota Samarahan (the Revolusion)

Early from the beginning, it was known as "School For The Deaf" then changed to "SRK Kanak-kanak Pekak". In 1992, once again changed to "Sekolah Rendah Pendidikan Khas(P)". The school is now known as "Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P) Kota Samarahan" after settled down in Kota Samarahan on 9 September 2002.

Sejarah SK Pendidikan Khas Kota Samarahan

SK Pendidikan Khas Kuching (P) atau dikenali sebagai SKPK Kuching (P)

SK Pendidikan Khas Kuching (P)or known as SKPK Kuching (P)

Ditubuhkan pada tahun 1964 oleh Madam Beyer, seorang sukarelawan dari "Peace Cop. Pada permulaan, kelas pertama sekolah ini mempunyai 5 orang murid bermasalah pendengaran dan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching sehingga 1973 diambil alih oleh Pejabat Daerah.
  
Founded in 1964 by Madam Beyer whom was also a volunteer of "Peace Cop". From the beginning, the school had its first class of five deaf pupils running by Council of Kuching until 1973 was taken over by state education office. 

Sekolah ini mula bertapak di Jalan Kolej Batu Lintang. Kemudian dipindah ke Jalan Tan Sri William Tan dan 6 kelasnya telah berkongsi bumbung dengan SRK Lumba Kuda. Pada tahun 1980, SK Pendidikan Khas Kuching (P) berpindah balik ke alamat asal, iaitu Batu Lintang.

The school was firstly located at Jalan Kolej Batu Lintang and then was moved to Jalan Tan Sri William Tan while having six jointed classes in SRK Lumba Kuda. In 1980, the school removed to its original location at Batu Lintang.

In the month of July 2000, this school has been upgraded to Grade A school in Special School's categories. On 9 September 2002, the school officially moved to its new location in Kota Samarahan. 

Dalam bulan July 2000, sekolah ini telah dinaiktaraf ke sekolah grad A dalam Kategori Sekolah Khas. Pada tahun 2002, secara rasminya sekolah telah berpindah ke tapak baru di Kota Samarahan.

Until present, the school is known as Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Samarahan or SKPK Kota Samarahan.

Kini, sekolah ini dikenal sebaga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Samarahan atau SKPK Kota Samarahan. 

Popular Posts